Lanjutan Khidmat Ketua Polis Negara
Menteri Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa Yang Di-pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara Yang Dihormati Tan Sri Ismail Bin Haji Omar selama dua(2) tahun lagi. Menurut beliau, lanjutan tempoh perkhidmatan Tan Sri Ismail Bin Haji Omar ini juga telah dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri najib Tun Abdul Razak.

Menurut beliau, “tempoh singkat selama lapan(8) bulan memegang jawatan Ketua Polis Negara oleh Tan Sri Ismail Bin Haji Omar yang menggantikan penyandang sebelumnya iaitu Yang Dihormati Tan Sri Musa Bin Tan Sri Haji Hassan tidak membolehkan Tan Sri Ismail untuk melakukan pelan pembaharuan dan rancangan yang strategic dan menyeluruh dalam PDRM”. “bagaimanapun, dalam tempoh tersebut beliau telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan keprihatinan yang tinggi terhadap bidang tugas dan tanggungjawab termasuk memperkenalkan pelbagai inisiatif dan pendekatan baru yang terbukti memberi impak positif kepada gerak kerja serta corak pentadbiran warga PDRM”.

Jelas beliau lagi, gandingan mantap Tan Sri ismail bersama Timbalannya, Datuk Khalid Abu Bakar yang juga baru dilantik akan dapat membentuk satu pasukan PDRM yang mampan dan kukuh serta mampu memenuhi aspirasi serta kehendak masyarakat berbilang kaum di negara in. “justeru itu, pelanjutan kontrak perkhidmatan selama dua(2) tahun ini diharap mampu member ruang dan peluang yang mencukupi kepada beliau untuk terus memberikan khidmat bakti yang terbaik dan berkualiti kepada PDRM, Masyarakat dan negara secara keseluruhannya”.



















13 May 2011
KDN Sana Sini