web analytics

Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri ke Sabah

30 May 2011

KDN Sana Sini

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan sesi perjumpaan dengan Ketua-ketua Jabatan-jabatan dan agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri di Kota Kinabalu, Sabah. Pelbagai isu dibincangkan terutamanya yang berkaitan dengan aspek-aspek keselamatan di negeri Sabah dan program-program yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di Sabah.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk beramah-mesra dengan pegawao-pegawai dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri yang turut hadir di perjumpaan tersebut.

, , ,