Konsep 5s telah menjadi salah satu aspek utama didalam sistem pengurusan Kementerian Dalam Negeri. Pengiktirafan Persijilan 5s oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada bulan tahun 2010 telah membuktikan bahawa warga KDN telah menerima pakai konsep 5s dengan sewajarnya. Persijilan yang perlu diperbaharui setiap tahun ini memerlukan perancangan yang rapi. Mesyuarat 5s yang telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah telah dianjurkan oleh Bahagian Audit Dalam dan dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Audit Dalam, En Zaaba bin Zainuddin. Antara intipati perbincangan ialah bagaimana untuk menguatkan elemen-elemen Audit Dalam 5s supaya lebih berkualiti dan diterimapakai dengan persekitaran Kementerian Dalam Negeri. Lawatan juga telah diadakan di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) Kota Kinabalu, Sabah.





















13 May 2011
KDN Sana Sini