web analytics

Nota Ucapan TMDN Sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia 2010

Nota Ucapan
YB Dato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Dalam Negeri II
Sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Jabatan Imigresen Malaysia 2010

YBhg. Dato’ Sri Mahmood Adam
Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri

Y.M. Dato’ Raja Azahar Raja Abdul Manap
Timbalan Ketua Setiausaha ( Pendaftaran & Imigresen)

YBhg. Encik Wahab bin Mohd Yassin
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)

YBhg. Dato’ Alias bin Haji Ahmad
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

Y.M. Dato’ Raja Mohd Raja Ismail
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan)

YBrs. Puan Aloyah binti Mamat
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan)

Pengarah-Pengarah Bahagian / Negeri

Pegawai-pegawai kanan jabatan

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

1. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa kerja majlis kerana dapat saya turut serta bagi memeriahkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2010 Jabatan Imigresen Malaysia.

2. Istilah cemerlang yang ingin diterapkan didalam penjawat awam adalah merujuk kepada sumbangan dan pengorbanan kita yang sanggup bekerja lebih dari kebiasaan dengan berteraskan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan tahap kerja kepada perkhidmatan awam.

3. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dipilih dan dianugerahkan perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010. Saya harap tuan-tuan dan puan-puan sekalian meneruskan usaha untuk sentiasa cemerlang dengan meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti diri dan usaha. Segala usaha yang dijalankan adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat memberikan dan mempermudahkan urusan kerajaan apabila berurusan. Kepada mereka yang tidak menerima anugerah pada kali ini, tidak bermakna mereka tidak cemerlang kerana Anugerah Khidmat Cemerlang ini ditentukan kuotanya iaitu 8 peratus daripada keseluruhan kakitangan. Oleh yang demikian, kita semua terutamanya warga Jabatan Imigresen Malaysia perlulah bekerja bersungguh-sungguh dan memberi komitmen dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Sebelum melangkau jauh ucapan saya ini, tidak terlewat bagi saya menyampaikan tahniah dan syabas kepada Jabatan Imigresen Malaysia khasnya Caw. KLIA, Sepang kerana telah berjaya merangkul Anugerah Perkhidmatan Imigresen Terbaik Lapangan Terbang Dunia tahun 2011oleh pihak Skytrax di Denmark awal April yang lalu. Saya difahamkan bahawa Jabatan Imigresen telah dua (2) kali berturut- turut iaitu sebelum ini 2010 telah memenangi anugerah tersebut. Hal ini membanggakan kami di Kementerian Dalam Negeri secara amnya. Perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang hendaklah diberikan kepada setiap anggota perkhidmatan awam khususnya Jabatan Imigresen.

4. Dalam hidup kita sentiasa dilumbai orang, dalam pertaruhan kita dilumbai, dalam berkhidmat kita dilumbai dan dalam mencapai sesuatu pun kita dilumbai. Kadangkala kita berasa bahawa keadaan dalam perkhidmatan kita itu statis atau tidak perlu lagi kita tokok, ini adalah pendirian yang tidak positif. Hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini, bulan depan tentu lebih cemerlang dan tahun depan lebih baik pada bulan ini. Ini mesti kita taruh dalam diri kita. Setiap kali kita menerima ganjaran dari kerajaan ada ertinya dalam diri penerima. Dalam kita mengejar produktiviti, modal insan yang berpengetahuan tinggi hendaklah dimiliki oleh setiap organisasi samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Bak kata orang lama-lama:-
Kalau mencari Bukit Dawai
Pertama Teluk kedua pantai
Kalau mencari para pegawai
Pertama elok kedua pandai

Pandai yang saya maksudkan bukannya pandai membodek atau sikap negatif tetapi memiliki satu aura atau kebolehan yang berguna kepada Jabatan dan kerajaan secara total.

5. Kita amat memerlukan ramai warga yang mempunyai budaya kerja cemerlang dan mengutamakan rakyat dalam setiap langkah, perbuatan, tutur kata dan isyarat. Ianya bagi memastikan perlaksanaan transformasi total yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri dapat direalisasikan. Menerusi gagasan 1Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pelbagai wacana telah direncanakan dengan begitu rapi oleh kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi. Kesemua ini adalah berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan berasaskan prestasi yang menjadi nadi utama perjuangan kerajaan pada ketika ini. Oleh itu, kita memerlukan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat khususnya warga Jabatan Imigresen bagi memastikan kesinambungan kejayaannya.

6. Bagi mengambil cue YAB Perdana Menteri ini, sewajarnya kita menilai setiap perancangan dan proses kerja kita, samada kita benar-benar mendahulukan rakyat seperti memudah cara proses kerja, layanan serta tidak mendapatkan kemudaratan kepada mereka. YB. Menteri Dalam Negeri telah mengutarakan kepada Dato’ Ketua Pengarah Imigresen mengenai hal ehwal kebajikan Pegawai Imigresen semasa pembentangan Program Transformasi Imigresen pada bulan Februari 2011 yang lalu.

7. Tidak semua pekara baik yang dilakukan oleh jabatan dan kerajaan akan disiarkan didalam media massa, tetapi dalam landskap perubahan ini, kita perlu memanfaatkan saluran-saluran yang pada fikiran saya maklumat akan sampai dengan cepat, berinformasi dan tepat.

8. Kita semua perlu sedar bahawa agensi-agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sebagai contohnya, Jabatan Imigresen merupakan sebuah jabatan yang saya rasa mempunyai imej dan kedinamikan yang tersediri berbanding agensi-agensi lain, we can’t run bussines as usual, sebaliknya kita bersedia untuk mengambil pendekatan berbeza bila situasi memerlukan sesuai dengan peredaran semasa. Kotak pemikiran kita perlu dimomentumkan supaya tidak bekerja dengan cara statik tetapi pemikiran inovatif hendaklah dibuat agar setiap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan mendatangkan kepuasan dan menjadi buah mulut masyarakat sesuai dengan konsep “merakyatkan perkhidmatan Imigresen” .

Para hadirin yang saya hormati sekalian
PERKHIDMATAN CEMERLANG

9. Perkhidmatan cemerlang yang dimaksudkan dalam perkhidmatan awam merupakan perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang anggota awam yang mutu dan penghasilannya melebihi daripada tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikan itu boleh dijadikan contoh dan ikutan serta memberi pengaruh yang menggerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha anggota awam yang lain

10. Walau secanggih mana pun teknologi dan peralatan yang digunakan dalam tugas seharian tidak akan menjamin perkhidmantan yang berkualiti sekiranya ia tidak disertai dengan sikap positif dan komitmen yang bersungguh dari warga Jabatan. Oleh itu, majlis seperti ini diharap dapat menyedarkan semua yang hadir bahawa kecemerlangan sesebuah jabatan berada di bahu anggotanya. Peranan dan tanggungjawab ini perlu sama dipikul.

11. Saya berpendapat untuk cemerlang kita tidak ada alternatif melainkan untuk bersaing dengan secara sihat. Kita bersaing bukan kerana kita mahu mengekalkan apa yang sedang dicapai tetapi kita terus memacu ke hadapan daripada apa yang sedang kita capai pada masa ini.
12. Suka saya ingatkan bahawa tugas sebagai penjawat awam merupakan satu amanah. Tanggungjawab yang dipikul oleh kita semua sebagai penjawat awam tidak memadai sekiranya kerja yang dilakukan sekadar kata pepatah “ melepaskan batuk ditangga ” kepada perkhidmatan berkualiti tinggi.

Tuan-tuan/puan-puan sekalian,

PERKHIDMATAN BERKUALITI

13. Jabatan Imigresen Malaysia berteraskan slogan “Perkhidmatan Berkualiti dan Berintegriti” hendaklah diamalkan oleh semua warga perkhidmatan awam, pasti akan dapat menghasilkan output kerja atau perkhidmatan yang berkualiti. Sistem pengurusan kualiti berteraskan budaya kerja cemerlang adalah asas penting kearah mewujudkan perkhidmatan awam yang produktif dan berkualiti. Sebagai penjawat awam, kita hendaklah sentiasa membina semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan tahap kualiti supaya cemerlang.
DISPLIN KERJA

14. Selain daripada bekerja sebagai satu pasukan, kita juga perlu menekankan aspek displin. Jabatan yang mempunyai warga yang berdisplin tinggi dapat memastikan segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan teratur dan tidak menyalahi undang-undang kerajaan. Warga kerja yang mengamalkan budaya berdisplin adalah warga kerja yang bertamadun tinggi dan dapat menghasilkan kerja yang cemerlang. Diantara pekerja yang berdisplin ialah:
(i) Patuh dan taat kepada peraturan dan arahan/perintah
(ii) Berpegang teguh kepada ajaran agama
(iii) Sentiasa menjaga imej dan maruah diri daripada perbuatan cuai dan keji.

Tuan/tuan, Puan-puan sekalian,

15. Sebagaimana yang sedia maklum, pada masa ini pelbagai alternatif telah dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Inisiatif-inisiatif yang dianjurkan adalah seperti TQM (Total Quality Management), Piagam Pelanggan, Fail Meja, KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja, e-Government dan kebelakangan ini, ketua-ketua jabatan diminta untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui perwakilan kuasa serta mengkaji semula proses utama di agensi khasnya dikaunter bagi mengurangkan karenah birokrasi. Pekara ini perlu dilakukan kepada system penyampaian yang telus dan cekap seperti yang dituntut oleh pelanggan.

16. Saya berharap agar majlis ini menjadi kayu pengukur kepada sesuatu dan cabaran kepada pegawai-pegawai di jabatan ini untuk bersaing dengan lebih mencabar di dalam skop yang positif. Semoga semangat, kerjasama dan keikhlasan kita semua dalam memenuhi amanah dan tuntutan kepada agama, bangsa dan Negara.

17. Pada tahun ini, saya difahamkan bahawa seramai 877 orang warga Jabatan Imigresen dari pelbagai jawatan telah terpilih untuk menerima Angerah Perkhidmatan Cemerlang kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2010
Akhir kata, saya merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia tahun 2010

======================= tamat ==========================

, , ,