web analytics

Perasmian Crime Awareness Team sempena Perhimpunan Sejuta Belia 2011.

30 May 2011

KDN Sana Sini

Inisiatif Crime Awareness Team adalah merupakan salah satu daripada Inisiatif dibawah NKRA Pengurangan jenayah melalui Government Transformation Programme (GTP)”. Sebagai salah satu aktiviti utama di bawah KDN,  Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut di Pentas Utama Y – Avenue, Presint 4, Putrajaya sempena Perhimpunan Sejuta Belia 2011.

Beliau juga berkata, “Inisiatif Crime Awareness Team telah dihasilkan dari makmal jenayah dan merupakan pasukan sukarelawan muda yang terdiri daripada golongan belia yang dibentuk untuk membantu mencegah remajam daripada terlibat dalam jenayah”. Dibawah Inisiatif Crime Awareness Team ini, pelbagai aktiviti pengisian untuk CAT telah dilaksanakan antaranya ialah aktiviti-aktiviti di peringkat komuniti seperti Kem Interaktif Kepimpinan CAT peringkat Kebangsaan (5 zon), Kempen keselamatan dan Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri, Promosi melalui Info On Wheel, Aktiviti Capaian di kawasan Hot Spot, dan Kursus Kepimpinan CAT di peringkat negeri,”. Majlis ini juga menyaksikan penglibatan belia daripada pelbagai peringkat.  Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut Menteri Belia & Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chik, dan pegawai-pegawai kanan kedua-dua kementerian.

, , ,