
Program Himpunan Sejuta Belia Negara 2011 di Putrajaya telah berlangsung dengan begitu meriah dengan disokong padu oleh golongan belia dari pelbagai kaum yang datang dari seluruh negara. Tepat jam 5.30 petang, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah tiba ke Pentas Utama Himpunan Sejuta Belia, bagi melancarkan Hari Himpunan Sejuta Belia Negara 2011.
Dalam ucapannya, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, “kerajaan telah menyediakan 6 inisiatif bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan belia di negara ini, antaranya ialah penubuhan Parlimen Belia yang bertujuan untuk mengetahui pandangan, cadangan dan cita rasa golongan belia,”.
Menurut beliau, “golongan belia sebagai bakal pemimpin kelak, kerajaan juga akan memperkenalkan konsep mentor-mentee kepada belia dalam beberapa bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, aktiviti social, industry, kreatif dan professional”.
Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa kepimpinan tertinggi negara.





















31 May 2011
KDN Sana Sini