
1. Sukacita dimaklumkan Dato’ Alwi Haji Ibrahim telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) [TKSU(N)] yang baru bagi menggantikan Datuk Raja Azahar bin Raja Abdul Manap yang telah bersara wajib pada 21 Jun 2011 yang lalu.
2. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 22 Jun 2011.
3. Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sejak 8 April 1982 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sehingga 21 Jun 2011.
Terima Kasih dan Wassalam jua.
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN DALAM NEGERI


















23 June 2011
Kenyataan Media/Akhbar