
Isu Program Penyelesaian Menyeluruh PATI atau 6P ini sentiasa pendapat perhatian masyarakat di negara ini. Justeru, Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah dijemput khas untuk mengupas isu ini dalam Program Soal Jawab terbitan TV3.

Tan Sri Mahmood Adam menjelaskan lebih lanjut apakah Program 6P ini dan kepentingan dan rasionalnya program ini dijalankan. Selain itu, Tan Sri Mahmood Adam turut menerangkan enam aspek Program 6P ini iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran.

Program Soal Jawab yang dihoskan oleh Saudara Fedtri Yahya mula diterbitkan sejak Januari 2010 disiarkan setiap Rabu jam 11 malam di TV3.
–tema berita ikdn


















16 June 2011
KDN Sana Sini