web analytics

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri ke Kem Pasukan Gerakan Khas, Ulu Kinta, Perak

3 June 2011

KDN Sana Sini

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman bin Yusop telah mengadakan lawatan kerja ke Kem PGK Ulu Kinta, Perak pada 2 Jun 2011.

Lawatan kerja ini bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai tugas dan peranan PGK dalam menjaga keselamatan dan ketemteraman negara serta meninjau permasalahan dan isu pengoperasian yang dihadapi oleh PGK.

Dalam lawatan tersebut Datuk Wira Abu Seman bin Yusop turut bersoal jawab dengan 69 ahli anggota Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK). Disamping itu, demo ‘international pratical shooting confederation ’ dan ‘close quarter batle’ dipamerkan oleh anggota 69 komando tersebut. Selain itu, pameran peralatan payung terjun, scuba, dan alatan khas yang digunakan oleh 69 komando turut dipamerkan dalam lawatan kerja tersebut.

Diakhir lawatan, Datuk Wira Abu Seman bin Yusop sempat membuat latihan menembak di padang kawad PGK.

–team berita ikdn

, , , ,