
YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke Depot Tahanan Imigresen Langkap Perak pada 26 Jun 2011 yang lepas. Dalam lawatan tersebut Dato’ Lee telah diberikan taklimat mengenai depot tahanan tersebut yang sehingga kini menempatkan lebih 700 orang tahanan oleh Komandan Depot Imgiresen Langkap, Mohamad Yusoff.


Terdahulu dalam ucapan aluan YBhg Dato’ Mohmed Asri b. Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Depot memaklumkan jumlah semasa tahanan adalah lebih kurang 5,000 yang di tempatkan di 13 buah depot tahanan di seluruh Malaysia termasuk Depot Tahanan Langkap, Perak .


Dalam lawatan tersebut YB Dato’ Lee telah dibawa melawat dan meninjau sendiri keadaan blok tahanan lelaki dan wanita dan dimaklumkan terdapat dua orang kanak-kanak turut menjadi tahanan bersama ibu mereka.



–team berita ikdn


















27 June 2011
KDN Sana Sini