web analytics

Lawatan Puspanita Cawangan KDN Ke Rumah Anak-Anak Yatim Sentuhan Budi

17 June 2011

KDN Sana Sini

Suasana di Rumah Anak Yatim Sentuhan Budi di Kampung Sri Batu.4, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur begitu meriah sekali apabila penghuni-penghuninya diziarahi oleh rombongan dari PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri diketuai oleh, iaitu Puan Sri Nabihah Haji Hassan,Pengerusi PUSPANITA Cawangan KDN.


Rombongan yang selamat tiba pada jam 11:00 pagi telah disambut baik oleh Pengurus Rumah Perlindungan Sentuhan Budi iaitu Puan Nora Binti Abd Aziz serta penjaga-penjaga penghuni rumah anak yatim tersebut.

Dalam majlis yang sederhana itu, pihak rombongan PUSPANITA Cawangan KDN telah mengagihkan makanan dan cenderahati untuk anak-anak yatim di Rumah Sentuhan Budi. Di samping itu juga, PUSPANITA Cawangan KDN, melalui Pengerusinya Puan Sri Nabihah Binti Haji Hassan telah menghulurkan sedikit derma berupa wang ringgit kepada Rumah Anak Yatim- “Rumah Sentuhan Budi” bagi menampung kos perbelanjaan harian anak-anak yatim.

–team berita ikdn