web analytics

Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan

14 June 2011

KDN Sana Sini

Seramai 157 orang menerima taraf kewarganegaraan dalam majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaaraan yang dirasmikan oleh Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri pada 14 Jun 2011 bertempat di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya.

Dalam pada itu, Alagamah Dasasuri, 28, seorang ibu tunggal warganegara tempatan turut berasa gembira kerana empat anaknya iaitu Akash, 6, Darshini, 5, Srisantosh, 4, dan Divashini, 1, dianugerahkan sijil kelahiran sebagai rakyat Malaysia yang sah.

“Jika anak-anak ini tiada sijil kelahiran, pasti saya risau tentang masa depan mereka dalam bidang pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan perkahwinan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan yang masih mengambil berat untuk mendaftarkan anak-anak saya walaupun pada permohonan pertama gagal” kata Alagamah Dasasuri.


–team berita ikdn

, , ,