
Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
Didalam ucapan perasmiannya, beliau telah menyatakan bahawa IPD tersebut ialah salah satu lembaran sejarah penting didalam PDRM. “majlis ini adalah amat bersejarah dan amat penting dalam takwim PDRM. Bersejarah; kerana IPD ini sendiri merupakan IPD yang sarat dengan sejarah; bermula sebagai Ibu Pejabat Daerah Polis Campbell pada tahun 1917, iaitu sembilan puluh empat (94) tahun dahulu.Anggota polis yang pernah berkhidmat di IPD ini pernah menjadi saksi kepada begitu banyak peristiwa, insiden dan tragedi penting yang melibatkan keselamatan rakyat dalam sejarah kita bernegara”.
Dato’ Hishamuddin juga telah melawat kawasan sekitar IPD dan mendengar taklimat ringkas mengenai operasi yang dilaksanakan.
Operasi IPD ini telah berjaya dimulakan sejak bulan September 2010 dan sudah mula didiami sejak bulan Oktober 2010. 






















7 June 2011
KDN Sana Sini