web analytics

Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Desa Pahlawan, Bukit Cina, Kota Bharu, Kelantan

22 June 2011

KDN Sana Sini

Satu Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan telah berlangsung di Kem Desa Pahlawan, Bukit Cina, Kota Bharu Kelantan pada 21 Jun 2011 yang dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Y.B. Dato` Seri Ahmad Zahid bin Hamid.

Objektif utama Pusat Pemulihan Pemasyarakatan ini ialah untuk memberi pendedahan awal sebelum banduan dibebaskan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

Program ini diharapkan dapat mengurangkan kadar resividisme di kalangan bekas banduan di negara ini selaras dengan salah satu daripada 6 pointer Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah.

Dalam majlis tersebut, Y.B. Menteri Pertahanan sempat melawat sekitar kawasan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan dan beramah mesra dengan banduan-banduan serta kakitangan penjara.

Turut sama hadir Ketua Setiausaha dari Kementerian Pertahanan Y.Bhg Dato` Sri Dr Haji Ismail bin Haji Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera Y.Bhg. Jen Tan Sri Zulkifeli bin Mohd Zin. Disamping wakil dari Kementerian Dalam Negeri dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Y.Bhg. Dato` Abdul Rahim bin Mohd Radzi dan juga Ketua Pengarah Jabatan Penjara Y.Bhg. Dato` Wira Haji Zulkifli bin Omar.

–team berita ikdn