web analytics

Pengauditan Amalan 5S KDN 2011 (Peringkat 1)

7 June 2011

KDN Sana Sini

Pengauditan Amalan 5S sekali lagi telah diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu bagi Peringkat 1 pada 24 dan 25 Mei 2011 di kesemua Bahagian di KDN.

Pengauditan tersebut berlangsung daripada jam 9.00 pagi sehinggalah 5.00 petang meliputi beberapa kawasan seperti ruang pejabat, tempat simpanan, tempat umum dan kawasan persekitaran KDN.

Tahniah diucapkan kepada Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (KF) kerana telah mengungguli penilaian Peringkat 1 ini dengan mencapai 98% markah keseluruhannya. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa Bahagian seperti Bahagian Akuan (AK) dan Bahagian Perolehan (PL) telah mencapai peningkatan yang mendadak iaitu dengan menduduki tangga kedua dan ketiga serta masing-masing telah memperolehi markah 95% dan 94%. Berikut merupakan Bahagian-bahagian yang telah mengungguli beberapa kriteria yang dinilai iaitu:

 

Workstation Terbaik : Bahagian Perolehan (PL)
Sudut 5S Terbaik : Bahagian NKRA/PG/AB/PK (Zon Hotspot)
Tandas Terbaik : Bahagian NKRA/PG/AB/PK (Zon Hotspot)
Tempat Simpanan Terbaik : Bahagian Akaun (AK)
Bilik Mesyuarat Terbaik : Bahagian Akaun (AK)
Bilik Fail Terbaik : Bahagian Kawalan Filem (KF)
Pantri Terbaik : Bahagian Kawalan Filem (KF)
Kaunter Terbaik : Bahagian Kawalan Filem (KF)
Ruang Tamu Terbaik : Bahagian Kawalan Filem (KF)

Sehubungan itu, semua warga KDN diharapkan dapat meneruskan budaya 5S ini sepanjang masa kerana cabaran mengekalkan pensijilan semestinya lebih hebat daripada memperolehinya.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua warga Kementerian atas usaha, komitmen dan kesungguhan menjalankan Amalan 5S di KDN. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. jua.

-team berita iKDN-

, ,