
Datin Jariah Mohd Said, Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang baru bagi menggantikan Dato’ Alwi Ibrahim yang ditukarkan ke KDN sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) berkuatkuasa pada 22 Jun 2011.
Pertukaran tersebut disebabkan oleh pelantikan Dato’ Alwi Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) KDN bagi menggantikan Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap yang bersara wajib Selasa lalu.
Datin Jariah yang telah menyandang jawatan Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan di KDN sejak 16 Septermber 2008. Beliau yang dilahirkan pada 2 Mei 1954 di Matang, Perak berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya.
–team berita ikdn


















23 June 2011
KDN Sana Sini