web analytics

TAHNIAH Tan Sri KSU!

7 June 2011

KDN Sana Sini

Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri adalah antara penerima Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis yang disambut pada 4 Jun 2011 bertempat di Istana Negera itu turut melibatkan seramai 14 orang lagi yang turut menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa “Tan Sri” oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Antaranya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Datuk Seri Ainum Mohamed Saaid, Profesor Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Datuk Seri Dr Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon, Tunku Temenggong Negeri Kedah, Datuk Seri DiRaja Tunku Sallehhuddin Almarhum Sultan Badlishah, Penasihat Tijaz Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar, Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan., Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Amar Leonard Linggi Jugah dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan.

Majlis makan tengah hari telah diadakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri yang dihadiri oleh pengurusan tertinggi untuk meraikan penganugerahan ini.

 

 

–team berita ikdn

, , ,