1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyiasat pertubuhan BERSIH 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.
2. Walau bagaimanapun, BERSIH 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.
3. BERSIH 2.0 telah:
i) Bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini;
ii) Menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu; dan
iii) Melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.
4. Oleh itu, YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa pada 01 Julai 2011.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Abdul Rahman bin Othman
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
02 Julai 2011


















2 July 2011
Kenyataan Media/Akhbar