web analytics

Lawatan ke Western Digital

21 July 2011

KDN Sana Sini

“Kita akan bantu majikan-majikan ini seperti mana yang dilakukan di Western Digital pada pagi ini. Jadi saya menyeru majikan-majikan di seluruh negara yang masih belum membawa pekerja mereka yang masih belum datang ke Imigresen supaya membawa atau membuat engagement anggota Imigresen untuk turun pergi ke kilang mereka ataupun di mana-mana yang difikirkan sesuai untuk kita mendaftar pekerja-pekerja sah yang berada di bawah majikan masing-masing”. Demikian ucapan yang diberikan oleh Dato’ Alwi Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri dalam sidang media di Western Digital pada 21 Julai 2011 lalu.

Tujuan utama lawatan untuk meninjau kaunter pendaftaran yang dibuka Pejabat Imigresen bagi membantu proses pendaftaran pekerja asing sah yang kini sedang giat dilaksanakan bermula 13 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011.

Dalam pada itu, Dato’ Alwi Hj. Ibrahim juga menyeru majikan-majikan untuk datang ke pejabat Imigresen sama ada membawa pekerja atau membuat permohonan supaya pihak Jabatan Imigresen Malaysia dapat turun di lapangan ataupun kilang mereka.

–team berita ikdn

, ,