web analytics

Majlis Pelancaran Crime Awareness Team dan Skuad RELA Peringkat Negeri Perak

10 July 2011

KDN Sana Sini

KAMPAR, 10 Julai 2011 – Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Majlis Pelancaran Crime Awareness Team(CAT) dan Skuad Muda RELA Peringkat Negeri Perak. CAT dan Skuad Muda RELA merupakan satu daripada 55 initiatif NKRA mengurangkan jenayah dengan menggembling tenaga belia sebagai sukarelawan.


Sehingga kini dilaporkan jumlah keahlian bagi CAT telah seramai 8,841 orang dan 5,017 ahli skuad muda RELA yang telah menyertai Latihan Asas Skuad Muda Rela .


“Elemen perkongsian maklumat antara agensi amat penting dalam pelaksanaan intiatif ini, kerana usaha memerangi jenayah bukan hanya terletak di bahu PDRM atau KDN semata. Ia turut melibatkan peranan dan sumbangan pelbagai pihak. Perkongsian maklumat antara agensi penting bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah secara serentak dan sekata supaya hasil yang dirancang lebih berkesan, produktif dan menghasilkan “Big Results Fast””, kata Dato Lee Chee Leong.


Initiatif ini merupakan usaha kerajaan dalam membantu mewujudkan rasa selamat orang awam. Penglibatan golongan belia dan komuniti setempat seperti ini akan dapat membantu kerajaan dalam mengurangkan kejadian jenayah. Golongan belia yang dididik ini diharap dapat menjadi mata dan telinga agensi seperti PDRM dalam membanteras kegiatan jenayah.


–tam berita ikdn

, , , ,