web analytics

Malaysia, Australia Dan Pelarian

25 July 2011

KDN Sana Sini

Malaysia dan Australia bertemu dalam menandatangani dokumen berkenaan pertukaran dua hala mengenai pelarian/pemohon suaka di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2011. Kerajaan Malaysia diwakili Dato’ Seri Hishammuddin Tun Huseein, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Australia diwakili Chris Bowen, Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan.

Rasional pertukaran pelarian/pemohon suaka ini adalah untuk menjejaskan model perniagaan sindiket-sindiket penyeludupan migran yang turut terlibat dengan jenayah rentas sempadan. Ini adalah tindakan yang tepat pada masanya kerana Malaysia kini telah digunakan sebagai transit oleh sindiket penyeludupan migran ini sebelum mereka diseludup ke negara-negara ketiga seperti Australia. Pihak UNHCR dan Organisasi Antarabangsa Mengenai Migrasi (IOM) turut berperanan dalam pertukaran pelarian/pemohon suaka Malaysia-Australia ini.



Australia memilih Malaysia untuk mengadakan kerjasama ini kerana mereka yakin dan percaya dengan kemampuan serta komitmen Malaysia terhadap isu pemerdagangan orang dan penyeludupan Malaysia. Walaupun Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen PBB mengenai pelarian, namun pihak kerajaan sentiasa mengambil berat soal pelarian di negara ini terutama berhubung aspek kemanusiaan.


Program pertukaran Malaysia dan Australia ini merintis ke arah usaha yang lebih berkesan bagi menangani sindiket-sindiket jenayah rentas semapdan termasuk penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.

–tema berita ikdn