web analytics

Media di Kem Mekanize Batu 10

25 July 2011

KDN Sana Sini

Pusat Pemulihan Masyarakat Kem Mekanize Batu 10,Kuantan, Pahang menerima lawatan media seramai 21 orang bagi memberi pendedahan awal berikutan perasmian yang akan dilakukan oleh Y.B Menteri Dalam Negeri pada 23 Julai 2011 ini. Pusat ini merupakan yang kelima dibuka oleh Jabatan Penjara dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia.

Seramai 200 banduan akan ditempatkan di pusat ini dengan kapasiti 50 orang bagi setiap blok. Tujuan pusat ini diwujudkan adalah memberi pendedahan kepada tahanan mengenai perubahan yang mereka boleh lakukan setelah bebas kelak dan juga memberikan persepsi yang baik kepada masyarakat untuk menerima bekas tahanan ini untuk semula berada di dalam kelompok masyarakat setempat. Selain itu, ia juga bertujuan mencapai jabatan bertaraf koreksional yang menekankan pemulihan kepada tahanan dan bukan hukuman.

Pusat ini mewajibkan penghuninya menjalani kelas pendidikan dan bimbingan di mana modulnya berkonsepkan 1 Malaysia yang mengandungi 8 modul semuanya. Lawatan ringkas ini diakhiri dengan sesi temubual oleh media kepada tahanan yang dikawal selia pegawai penjara.

–team berita ikdn

, ,