Jenayah dan aktiviti vandalisme tidak lekang dalam kehidupan institusi kemasyarakatan di seluruh negara pada masa hari ini. Memberi kefahaman tentang peranan yang harus dimainkan oleh pembuat dasar,pelaksana dan masyarakat dalam menangani isu jenayah menjadi salah satu objektif dalam Program Forum Rakyat : Jenayah, Anda dan Integriti serta Program Cegah Vandalisme pada 24 Julai 2011 di Dewan Serbaguna,Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor.
Forum selama tiga jam ini menjemput Dato’ Amer B. Hj. Awal,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Datuk Kamarudin B. Md. Ali,Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang menjadi panel utama dalam membincangkan isu jenayah dan vandalisme. Forum ini turut menjemput para pelajar agar mereka diberi pendedahan awal sebagai pemangkin dalam usaha bersama mencegah vandalisme dan perlakuan tidak bertanggungjawab dikalangan generasi muda.
Program satu hari ini turut membuka pameran yang melibatkan beberapa buah agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Polis DiRaja Malaysia, Ikatan Relawan Malaysia,Agensi Antidadah Kebangsaan dan juga Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara. Program ini merupakan kerjasama di antara Institut Integriti Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
— team berita ikdn


















25 July 2011
KDN Sana Sini