web analytics

Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM)

5 July 2011

KDN Sana Sini

Seramai lebih 1000 pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM & STPM dari 22 buah sekolah di daerah Sembrong, Johor dan Pekan, Pahang telah berkumpul dalam Majlis penutup Seminar memperkasakan Generasi Muda (SMGM) 2011 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Dalam Program Kesukarelawan ini, pelajar-pelajar dari 22 buah sekolah telah diberi kata-kata pembakar semangat oleh YB Menteri Dalam Negeri bagi menambahkan lagi keyakinan mereka untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba nanti. Dalam ucapab itu juga, YB Menteri Dalam Negeri berkata “dalam melahirkan generasi pelapis berketerampilan yang mempunyai daya saing yang tinggi, pihak kerajaan telah memainkan peranannya dengan mewujudkan pelbagai peluang dan insiatif bagi memastikan generasi muda negara diberi peluang secukupnya bagi memperkemaskan diri mereka sebagai bakal pemimpin masa depan”. Turut hadir dalam menjayakan majlis penutup tersebut ialah, Naib Canselor HEP UiTM, Yang Berbahagia Pros. Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid dan Timbalannya Dato’ Dr Abdullah Mohd Said.

–team berita ikdn

, , , , , ,