web analytics

Lawatan Delegasi dari Kedutaan Bangladesh ke Jabatan Imigresen Malaysia

14 August 2011

KDN Sana Sini

“Kerajaan Bangladesh akan memberi sokongan penuh dan menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam menangani isu kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang berlaku di rantau asia ini,” kata Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia iaitu Atiqur Rahman dalam sidang media bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Alwi Haji Ibrahim, dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Alias Bin Ahmad yang telah diadakan pada 13 Ogos 2011 lalu. 

Sebelum itu, Dato’ Alwi Haji Ibrahim bersama Dato’ Alias Bin Ahmad telah mengiringi Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh tersebut melawat Jabatan Imigresen Malaysia serta meninjau dan melihat sendiri program pendaftaran PATI dan Pekerja Asing yang diadakan di dalam Dewan Serbaguna, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.

–team berita ikdn

,