KENYATAAN MEDIA
Dato’ Alwi Ibrahim
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan)
Dasar dan Imigresen
Kementerian Dalam Negeri
MAKLUMAN PENDAFTARAN HARI PERTAMA PROGRAM 6P
2 OGOS 2011 (SELASA)
1. Sejumlah 14,801 pekerja/pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan menerusi 197 pejabat Imigresen dan 336 syarikat pengurus seluruh Semenanjung Malaysia pada hari pertama pendaftaran Program 6P yang bermula semalam (1 Ogos 2011).
2. Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran PATI paling tinggi iaitu 4,066; diikuti Pahang, 1,655; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1,461; Negeri Sembilan, 1,343; Perak, 1,164; Johor, 999; Pulau Pinang, 851; Kedah, 674; Kelantan, 472; Melaka, 373; Terengganu, 346; Perlis, 155; dan Wilayah Persekutuan Labuan, 21.
3. Berhubung statistik terkumpul bagi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah, sehingga semalam (1 Ogos 2011) sejumlah 733,904 telah direkodkan berdaftar menerusi pejabat Imigresen, atau 61 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta pekerja asing di negara ini (tidak termasuk sektor pembantu rumah).
4. Sementara itu, Sabah yang telah memulakan pendaftaran PATI lebih awal bermula 18 Julai lalu telah merekodkan 130,937 jumlah pendaftaran, termasuk 937 yang dicatatkan semalam. Usaha ini akan diteruskan di negeri ini sehingga 8 Ogos depan.
5. Untuk Sarawak yang mula mendaftarkan pekerja asing sahnya bermula semalam, sehingga tamat operasi hari pertama, sejumlah 610 direkodkan menerusi 28 kaunter Pejabat Imigresen di 11 Bahagian seluruh Sarawak.
Tamat/.


















2 August 2011
Kenyataan Media/Akhbar