KENYATAAN MEDIA
Dato’ Alwi Ibrahim
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan)
Dasar dan Imigresen
Kementerian Dalam Negeri
MAKLUMAN PENDAFTARAN PROGRAM 6P
4 OGOS 2011 (KHAMIS)
1. Sejumlah 127,049 pekerja/pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan menerusi 197 pejabat Imigresen dan 336 syarikat pengurus seluruh Semenanjung Malaysia sejak hari pertama pendaftaran Program 6P yang bermula 1 Ogos 2011.
2. Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan jumlah pendaftaran PATI paling tinggi iaitu 5,306; diikuti Selangor, 4,822; Perak, 4,295; Kedah, 4,026; Negeri Sembilan, 3,021; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2,783; Pulau Pinang, 2,395; Johor, 2,346; Pahang, 1,849; Melaka, 977; Terengganu, 912; Kelantan, 793; Perlis, 394 dan; Wilayah Persekutuan Labuan, 54.
3. Berhubung statistik terkumpul bagi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah, sehingga semalam (3 Ogos 2011) sejumlah 733,662 telah direkodkan berdaftar menerusi pejabat Imigresen, atau 61 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta pekerja asing di negara ini (tidak termasuk sektor pembantu rumah).
4. Sementara itu, Sabah yang telah memulakan pendaftaran PATI lebih awal bermula 18 Julai lalu telah merekodkan 137,217 jumlah pendaftaran. Usaha ini akan diteruskan di negeri ini sehingga 8 Ogos depan.
5. Untuk Sarawak yang mula mendaftarkan pekerja asing sahnya bermula Isnin (1 Ogos 2011), sehingga tamat operasi semalam, sejumlah 8,311 direkodkan menerusi 28 kaunter Pejabat Imigresen di 11 Bahagian seluruh Sarawak.
Tamat/.


















4 August 2011
Kenyataan Media/Akhbar