web analytics

Kenyataan Media Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) KDN

17 August 2011

Kenyataan Media/Akhbar

DATO’ ALWI IBRAHIM
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENDAFTARAN DAN IMIGRESEN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

WARGA ASING INDONESIA MENDAHULUI SENARAI PENDAFTARAN BIOMETRIK

17 OGOS 2011

1. Warga asing Indonesia mendahului senarai pendaftaran biometrik dengan rekod dicatatkan sehingga 8.30 pagi ini (Rabu, 17 Ogos 2011) berjumlah 896,643 orang atau 46 peratus berbanding statistik terkumpul iaitu 1,935,048 orang membabitkan 12 kewarganegaraan.

2. Daripada jumlah tersebut, 535,181 atau 60 peratus daripada warga asing Indonesia ini adalah pekerja/pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P.

3. Berada pada kedudukan kedua ialah Bangladesh yang mencatatkan 233,938 PATI manakala pekerja asing sahnya, 119,960; diikuti Nepal (25,307 PATI, 199,416 sah); Myanmar (101,483 PATI, 100,421 sah); India (37,780 PATI, 48,383 sah); Filipina (43,787 PATI, 4,175 sah); Vietnam (9,301 PATI, 37,707 sah); Pakistan (16,202 PATI, 10,662 sah); Kemboja (19,442 PATI, 5,232 sah); Thailand (5,279 PATI, 4,179 sah); China (1,634 PATI, 4,391 sah); Sri Lanka (3,505 PATI, 2,483 sah); dan lain-lain negara (2,555 PATI, 1,171 sah).

4. Berdasarkan pecahan perbandingan antara PATI dan pekerja sah, lapan (8) daripada 12 kewarganegaraan didapati merekodkan jumlah PATI lebih tinggi berbanding pekerja asing sah.

5. Peratus paling besar dicatatkan Filipina yang merekodkan 91 peratus PATI berbanding pekerja asing sah, diikuti Kemboja (78 peratus); Bangladesh (66 peratus); Pakistan (60 peratus); Sri Lanka (58 peratus); Thailand (56 peratus); Myanmar (50 peratus); dan Indonesia (40 peratus).

6. Sementara itu, baki empat kewarganegaraan lain didapati merekodkan jumlah pekerja asing sah lebih tinggi berbanding PATI. Mendahului senarai ini ialah Nepal yang mencatatkan 89 peratus pekerja asing sah yang lebih tinggi berbanding PATI; diikuti Vietnam (80 peratus); China (73 peratus) dan India (56 peratus).

Tamat/.

, ,