web analytics

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia di dalam Program TV9, Hujah

4 August 2011

KDN Sana Sini

Program pendaftaran pekerja asing tanpa izin (PATI) dibawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing Dan Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah bermula pada 1 Ogos 2011. Terdapat pelbagai reaksi yang diterima daripada pihak-pihak yang terlibat. Antaranya ialah kurangnya pemahaman yang boleh mengundang kontroversi yang tidak diingini.

Program terbitan TV9, Hujah adalah salah satu medium untuk mengupas dan memperjelaskan dengan lebih lanjut  Program 6P bersama tetamu  Y.Bhg Dato’ Alias bin Ahmad, Ketua Pengarah Imigresen. Dihoskan oleh Aziz Desa, antara persoalan yang telah dibangkitkan ialah berkenaan dengan kebimbangan oleh PATI yang mereka berkemungkinan akan ditangkap ketika mendaftar.  

Dato Alias menjelaskan bahawa PATI tidak perlu bimbang berkenaan perkara ini kerana  dalam tempoh bermulanya program 6P iaitu Pendaftaran pada 1 Ogos sehingga tempoh selesai Program Pemutihan dan Pengampunan, penguatkuasaan tidak dilakukan terhadap PATI.  Beliau juga menyeru agar PATI mendaftar didalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, beliau juga turut menjelaskan berkenaan objektif dan  rasional program 6P, kepentingan kepada negara dan juga sistem biometrik.

Penjelasan juga telah dibuat mengenai isu pekerja asing sah yang lari daripada majikan dengan harapan menjadi PATI dan menyertai Program 6P. Dalam kes ini, Dato’ Alias sekiranya pekerja itu berbuat demikian, dia tidak akan diputihkan kerana sistem yang digunapakan sekarang dapat mengesan identiti pekerja tersebut.

Program Hujah bersiaran secara langsung pada hari Rabu bermula pada jam 10.30 malam.

 

, ,