web analytics

Majlis Berbuka Puasa KDN 2011

15 August 2011

KDN Sana Sini

Majlis Berbuka Puasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2011 telah diadakan di perkarangan Masjid Jabatan Penjara Malaysia , Kompleks Penjara Kajang, Selangor pada 11 Ogos 2011. Majlis yang diadakan di luar Putrajaya ini adalah cetusan idea Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dengan tujuan untuk mendekati warga kerja jabatan dan agensi di bawah KDN. 

Dalam majlis tersebut, Dato’ Seri Hishammuddin telah menyampaikan sumbangan peribadi berupa 50 naskah tafsiran Al-Quran kepada pihak masjid. Turut menerima sumbangan adalah ibu-ibu tunggal, saudara baru, orang kelainan upaya (OKU) dan anak-anak yatim dikalangan warga jabatan dan agensi di bawah KDN.


Sementara itu, menerusi sidang akhbar yang diadakan, Dato’ Seri Hishamuddin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan pendaftaran Program 6P kerana lebih 1.7 juta pendatang asing sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar sehingga 10 Ogos 2011.


Selain itu, beliau juga telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam melalui Jawatankuasa Pelaksana Program 6P untuk menilai sekiranya terdapat keperluan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran PATI yang bermula 1 Ogos lalu dan tamat pada 14 Ogos ini, lantaran sambutan yang amat menggalakkan daripada para PATI dan majikan.


Lain-lain tetamu kehormat yang hadir adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman B. Yusop dan Dato’ Lee Chee Leong; Tan Sri Mahmood Adam Ketua Setiausaha KDN; Timbalan-Timbalan KSU KDN; serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.


–team berita ikdn

, , , , ,