
“Masalah PATI adalah satu isu yang berkaitan dengan masalah negara dan perancangan yang lebih komprehensif dengan penggunanaan sistem teknologi dengan biometrik dilihat dapat mengatasi masalah-masalah yang melibatkan PATI”. Itu adalah antara penjelasan oleh Y.Bhg Dato Alwi bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Kementerian Dalam Negeri di dalam program TV Bernama, Hello Malaysia.
Beliau yang menjadi tetamu bersama dengan Mohd. Zamberi Abdul Aziz, Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia juga menyatakan bahawa majikan perlu memainkan peranan untuk membantu pekerja asing untuk mendaftar melalui program 6P selain daripada memaklumkan mengenai nilai-nilai masyarakat Malaysia.

Selain daripada itu, ketika ditanya oleh pemanggil tentang pemilihan syarikat-syarikt pengurus 6P, beliau berkata pemantauan kepada syarikat pengurus dan pemilihan secara telus dan melibatkan pelbagai agensi kerajaan. Selain daripada itu maklumat mengenai sistem-sistem disampaikan dengan jelas supaya syarikat pengurus dapat menjalankan tugas dengan teratur. Surat aku janji juga telah ditandatangani oleh syarikat-syarikat pengurus tersebut.
Haji Zamberi telah menjelaskan bahawa pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan PATI yang ada Malaysia tidak menjejaskan keselamatan negara.Senario definisi PATI telah berubah selaras dengan pindaan Akta Imigresen pada tahun 2002. Pihak penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia telah menggunakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada untuk mengekang isu PATI yang melanda negara. Orang ramai juga diseur agar memainkan peranan melaporkan kegiatan PATI kepada pihak berkuasa.
Dato Alwi juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang Program 6P mempunyai agenda politik. Ini adalah kerana ia dibuat berlandaskan kepada kepentingan keselamatan , aspek sosial dan ekonomi negara.
Rancangan Hello Malaysia dihoskan oleh Dahlan Maamor bersiaran di TV9 setiap Isnin jam 10.00 hingga 11.00 malam.
–team berita ikdn


















9 August 2011
KDN Sana Sini