TAN SRI MAHMOOD ADAM
Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri
PROGRAM 6P DILANJUT SEHINGGA 31 OGOS 2011
Kuala Lumpur, 20 Ogos 2011
1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memutuskan bahawa proses pendaftaran bagi Program 6P yang sepatutnya berakhir pada Ahad, 21 Ogos 2011 dilanjutkan seminggu lagi sehingga 31 Ogos 2011.
2. Keputusan ini dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa sambutan di semua kaunter pendaftaran, baik di pejabat Imigresen mahupun syarikat pengurus masih dikunjungi majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk tujuan pendaftaran.
3. Lanjutan tarikh ini juga dibuat selepas mengambil kira inisiatif beberapa syarikat pengurus yang turun ke ladang-ladang di kawasan pedalaman untuk mendaftarkan PATI yang enggan keluar ke lokasi pendaftaran. Proses memujuk dilaporkan mengambil sedikit waktu dan hanya beberapa hari kebelakangan ini sahaja mereka bersetuju memberikan kerjasama. Justeru, jika lanjutan tarikh tidak dibuat, sebahagian besar daripada mereka ini tidak akan sempat didaftarkan, sekali gus menjejaskan capaian maklumat yang ingin kita perolehi menerusi program ini.
4. Sehubungan itu, semua majikan dan PATI digesa supaya mengambil kesempatan ini untuk keluar mendaftar, kerana tempoh tersebut tidak akan dilanjutkan lagi selepas tarikh akhir 31 Ogos 2011. Ini berikutan jadual pelaksanaan Program 6P yang akan masuk ke fasa bagi proses kedua iaitu pemutihan yang dijangkakan bermula pertengahan September 2011 ini.
Tamat/.


















20 August 2011
Kenyataan Media/Akhbar