KENYATAAN MEDIA
TAN SRI MAHMOOD ADAM
Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri
KENAIKAN LEVI TIDAK JEJASKAN JUMLAH PERMOHONAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA
13 SEPTEMBER 2011
1. Sehingga semalam (12 September 2011), sejumlah 30,329 permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) telah diproses Kementerian Dalam Negeri (KDN) bermula dari tarikh kenaikan levi yang diumumkan kerajaan bermula 1 September 2011.
2. Daripada jumlah tersebut, 25,068 adalah PLKS yang diproses oleh Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen Malaysia, manakala baki 5,261 diuruskan Bahagian Pekerja Asing KDN.
3. Berdasarkan statistik yang sama, jumlah PLKS paling tinggi yang diproses sepanjang 12 hari ini ialah PLKS membabitkan sektor pembuatan iaitu 11,229 permohonan; diikuti sektor perladangan (6,138); sektor pembantu rumah (4,064); sektor pembinaan (3,461); sektor pertanian (3,005); dan sektor perkhidmatan (2,432).
4. Susulan pengumuman Kerajaan pada 26 Ogos lalu, kadar levi minimum bermula 1 September 2011 ialah RM410 bagi sektor pertanian dan pembantu rumah, diikuti RM590 (perladangan); RM1,250 (perkilangan dan pembinaan); dan paling tinggi, RM1,850 (perkhidmatan).
5. Bagaimanapun, untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar levi barunya lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia iaitu RM1,010 bagi perkilangan serta perladangan dan RM1,490 bagi sektor perkhidmatan.
Tamat/.


















13 September 2011
Kenyataan Media/Akhbar