web analytics

Lawatan Media ke Rumah Perlindungan Mangsa Jenayah Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran

12 September 2011

KDN Sana Sini


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan lawatan bersama media ke rumah perlindungan yang menempatkan mangsa jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran pada 7 September 2011. 

Ketika lawatan ini, seramai 15 wartawan merangkumi media cetak dan elektronik telah berpeluang untuk menemubual beberapa mangsa pemerdagangan orang yang terdiri daripada pelbagai latar demografi dengan pelbagai pengalaman kes berbeza.

Antara lain, tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk menyediakan laporan khas bagi mendedahkan kepada orang ramai pengalaman perit dan kesengsaraan yang perlu dihadapi mangsa, sekali gus meningkatkan kesedaran umum mengenai isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Selain itu, para wartawan juga telah diatur untuk menemubual beberapa individu yang ditahan di Penjara Kajang atas kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) bagi memaparkan elemen pengajaran kepada orang ramai.

Dalam pada itu, laporan khas ini turut mendedahkan tahap keseriusan jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta menerangkan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sebagai salah satu mekanisme untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

–team berita ikdn

, ,