“Majikan masih dibenarkan menghantar permohonan untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini untuk berkhidmat dalam pelbagai sektor melainkan sektor pembantu rumah. Permohonan yang dikemukakan itu hanya akan diproses selepas fasa kedua program 6P iaitu proses pemutihan berakhir”, kata Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ketika Seminar Bersama Syarikat Pengurus bagi fasa kedua Program 6P iaitu fasa Pemutihan yang telah diadakan pada 10 September 2011 lalu di Dewan Gemilang, KDN.
Seminar ini diadakan bertujuan memberikan taklimat berhubung peranan syarikat pengurus untuk program pemutihan dan seterusnya semua syarikat pengurus dijemput untuk mengemukakan pandangan bagi tujuan penambahbaikan berhubung peranan syarikat pengurus semasa program pemutihan
Dalam pada itu, syarikat pengurus diminta untuk menandatangani akujanji syarikat berhubung tanggungjawab dan peranan semasa program pemutihan berlangsung. Mereka juga diingatkan untuk tidak mengenakan caj tambahan melebihi RM300 seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Tindakan terhadap syarikat akan diambil jika melanggar mana-mana syarat sebagai syarikat pengurus semasa program pemutihan.
–team berita ikdn


















12 September 2011
KDN Sana Sini