web analytics

Lawatan Perdana Menteri ke Karnival 1 Malaysia di Tanjung Tualang

13 October 2011

KDN Sana Sini

Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato` Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ke Pekan Tanjung Tualang sempena Program Karnival 1Malaysia pada 24 September 2011. Dihadiri lebih 15000 pengunjung sekitar Parlimen Kampar. Dalam pada itu, Dato` Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri selaku tuan rumah di kawasan Parlimen Kampar turut membuka booth jabatan/agensi dibawah KDN bagi menyediakan penyampaian perkhidmatan dan aduan masalah orang ramai dalam konteks ‘KDN Bersama Rakyat’. 

Ketibaan YAB Perdana Menteri bersama rombongan tiba tepat jam 12.00 tengahari menaiki bas dari Taman Soon Choon. Dalam acara dijadualkan YAB Perdana Menteri sempat memancing udang galah. Udang galah segar adalah terkenal di Tanjung Tualang. Disamping itu, Dato’ Sri Najib adalah julun-julung pertama kali tiba di Tanjung Tualang ini menyampaikan berupa replica cek kepada keluarga miskin dan serta upacara menanam pokok Tualang sebagai simbolik kehadiran Perdana Menteri Malaysia. YAB Dato’ Sri Najib turut ramah mesra dengan pemilik kedai-kedai disekitar Tanjung Tualang. Dato’ Sri Najib meluangkan masa hampir sejam di Pekan Tanjung Tualang dengan penduduk yang pelbagai kaum.

, , ,