web analytics

MAJLIS PELANCARAN “KHIDMAT PENGELUARAN MYKAD SATU HARI” JABATAN PENDAFTARAN NEGARA KLUANG

19 October 2011

KDN Sana Sini

Pelancaran Pengeluaran MyKad Satu Hari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Kluang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri pada 15 Oktober 2011 yang lepas.

Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di mana JPN Kluang merupakan yang ketiga selepas Melaka dan Kuching, Sarawak.  Perluasan ke negeri-negeri lain akan bermula pada awal tahun 2012 meliputi satu cawangan bagi setiap negeri.

Sejak pelaksanaan inisiatif ini di Melaka pada tahun 2009 hingga September 2011 seramai 155,801 orang telah menggunakan perkhidmatan ini, manakala di Kuching, Sarawak sejak pelaksanaannya pada bulan September tahun lalu hingga September 2011 seramai 51,445 orang telah memanfaati kemudahan ini.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan bermula tahun 2012, JPN akan mengeluarkan MyKad dengan struktur baru kepada orang ramai.  Kelebihan MyKad baru ini dari segi fizikalnya adalah diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate yang lebih tahan, menggunakan teknologi turisan laser pada permukan kad serta menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di SIRIM dan makmal semi-konduktor yang diaktifkan.

Dengan pengeluaran Mykad baru tersebut ia dapat menyelesaikan masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad terutama kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh orang ramai.  Ciri-ciri baru pada MyKad juga dapat mengekang pemalsuan MyKad.  Dengan kata lain, Mykad struktur baru lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.

, ,