web analytics

Majlis Perasmian ‘Crime Awareness Day’ dan Hari Bertemu Pelanggan PDRM

13 October 2011

KDN Sana Sini

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah berada di landasan yang betul dalam memastikan kadar jenayah terus menurun mengikut sasaran NKRA dan ia dibuktikan melalui pencapaian indeks terkini yang dilihat semakin menurun”, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berucap dalam merasmikan Pelancaran Crime Awareness Day dan Hari Bertemu Pelanggan PDRM di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 

Dalam majlis tersebut, beliau menyatakan bahawa pPencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam mengurangkan jenayah sepanjang lapan bulan pertama tahun ini mencatatkan rekod memberangsangkan dengan penurunan indeks jenayah.

Sementara itu,dalam sidang media Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan walaupun PDRM menghadapi pelbagai tekanan dan isu sepanjang tempoh dua tahun lalu, mereka tetap mengutamakan tugas menjaga keamanan dan pada masa sama meningkatkan hubungan masyarakat.

, , , ,