YB Datuk Wira Abu Seman b. Yusup, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Perantaraan (Halfway House) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 September 2011 yang lepas. Rumah perantaraan ini adalah yang pertama diwujudkan. Terletak di Jalan Ledang dan telah mula menerima residen sejak 3 Mei 2010 lagi.
Program rumah perantaraan ini merupakan program initiatif penempatan semula banduan selepas dibebaskan dari penjara yang dilaksanakan bagi menjayakan NKRA mengurangkan jenayah. Initiatif ini memfokuskan bekas-bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara agar tidak mengulang semula jenayah lampau.
Rumah perantaraan ini berfungsi sebagai treatment facility dengan membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan dan kaunseling, mengurangkan kes-kes banduan bebas melakukan jenayah berulang, mengelakkan bekas banduan menangani masalah ‘sosial stigma’ apabila keluarga dan masyarakat tidak mahu menerima mereka kembali.
Sehingga kini sebanyak 7 buah rumah perantaraan telah beroperasi iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan dan Kedah. Tiga lagi masih dalam kerja-kerja pengubahsuaian iaitu di Terengganu, Pahang dan Melaka. Manakala rumah perantaraan di Perlis, Sabah dan Sarawak telah sedia beroperasi untuk mendapat residen dan di Perak telah dikenalpasti dan masih dalam proses penyewaan premis.





















13 October 2011
KDN Sana Sini