web analytics

Menteri Dalam Negeri Menerima Kunjungan Hormat daripada Dr. Jamaan Aba Al-Rogoush, Naib Presiden Naif Arab University for Security Sciences, Arab Saudi

27 October 2011

KDN Sana Sini

YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang menerima kunjungan hormat daripada Dr. Jamaan Aba Al-Rogoush, Naib Presiden Naif Arab University for Security Sciences, Arab Saudi, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, pagi tadi (27 Oktober 2011). Selain mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara, pertemuan ini juga bagi membincangkan kerjasama serta kepakaran yang boleh dikongsikan oleh Naif Arab University for Security Sciences terutama dalam menangani isu-isu berkaitan jenayah rentas sempadan. Dalam konteks ini, pihak Naif Arab University for Security Sciences akan menjalin kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain membantu memperkukuh inisiatif yang sedang diusahakan oleh Malaysia bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah rentas sempadan menerusi penubuhan Malaysian Academy on Transnational Organised Crime (MATOC) di Langkawi, Kedah.

, ,