web analytics

Perhimpunan Bulanan KDN bagi Bulan Oktober 2011

19 October 2011

KDN Sana Sini

Perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri kali ke 10 telah berlangsung pada 20 Oktober 2011 dan disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusof, Timbalan Menteri Dalam Negeri bertempat di Dewan Serbaguna D8, Pacel D, Putrajaya. 

 Dalam ucapannya, YB Datuk Wira Abu Seman menegaskan agar semua warga KDN, Jabatan dan Agensi di bawahnya untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan bekerja dengan lebih rajin bagi meningkatkan produktiviti dan seterusnya memastikan agenda nasional Negara dapat dicapai.

Insentif kepada kaki tangan kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2012 seharusnya menjadi pemangkin  dan penyuntik semangat kepada warga KDN untuk sama-sama menjayakan misi dan hasrat Perdana Menteri.

 YB Timbalan Menteri juga memaklumkan peruntukan yang diberikan kepada KDN dalam Bajet 2012 perlu dimanfaatkan dengan cara yang lebih berhemah terutama sekali dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang membabitkan usaha memelihara keselamatan dan ketenteraman awam serta memelihara kesejahteraan rakyat dan Negara.

Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Polis Bantuan KDN yang telah berjaya menggagalkan cubaan mencuri motosikal di Kompleks D baru-baru ini.  Selain itu beliau juga telah menyampaikan Sijil Pencapaian Rating Significantly Exceed target (ST) dan Sijil Pengiktirafan Pencapaian Cemerlang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia Sektor Awam kepada TKSU (P).

Turut hadir sama ke majlis tersebut adalah semua Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan Agensi KDN dan Setiausaha-setiausaha Bahagian.

,