Majlis perasmian Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tahun 2011 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Alwi Hj Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Pendaftaran dan Imigresen) bertempat di Pusat Latihan JPAM, Bangi pada 20 Oktober 2011 yang lepas.
Sambutan Hari Inovasi JPAM ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada PTJ atas penghasilan inovasi yang signifikan serta memberi impak yang besar selaras dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang berpaksikan kreativiti dan inovasi dan merupakan evolusi serta kesinambungan daripada era budaya kualiti kepada era budaya inovatif dan kreatif.
Sambutan kali ini memperlihatkan dua kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Inovatif dan Kreatif (KIK) dan juga Anugerah Inovasi. Pertandingan kali ini menyaksikan JPAM Wilayah Persekutuan dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur, Jengka, Pahang menjadi juara bagi kategori masing-masing. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ TKSU KDN.
TKSU KDN mengharapkan agar penganugerahan ini menjadi pendorong kepada agensi kerajaan yang lain untuk berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keupayaan penyampaian perkhidmatan melalui pelbagai inovasi yang unik dan berkesan.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah Ketua Pengarah JPAM yang baru YBhg Dato’ Sulaiman Keling dan juga Tn Hj Zainun bin Saleh, Timbalan Ketua Pengarah JPAM























20 October 2011
KDN Sana Sini