web analytics

Majlis Konvokesyen Dan Penyampaian Hadiah Tabika Permata Kementerian Dalam Negeri Tahun 2011

18 November 2011

KDN Sana Sini

PUTRAJAYA, 18 November 2011 – Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah Tabika Permata Kementerian Dalam Negeri (KDN ) telah diadakan bagi meraikan 70 kanak-kanak berumur enam dan lima tahun yang mengikuti kelas terbabit sepanjang tahun 2011.  Majlis yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Roba’isyah bt. Mohd. Ghazali, isteri Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen), KDN telah diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian serta deklamasi sajak yang melibatkan kanak-kanak Tabika selain majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada kanak-kanak tersebut.

Dalam ucapan perasmian majlis tersebut, YBhg. Datin Roba’isyah bt. Mohd. Ghazali mengucapkan tahniah dan syabas kepada kanak-kanak, ibu bapa dan para guru yang terlibat.   Beliau mendoakan agar kejayaan kanak-kanak tersebut hari ini menjadi titik tolak kepada kejayaan mereka di masa hadapan.

,