web analytics

KDN Telah Menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan Dan KDN Bersama Rakyat Dengan Jayanya

25 November 2011

KDN Sana Sini

Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) dan KDN Bersama Rakyat  telah diadakan selama empat hari pada 18 – 20 November 2011 bertempat di Padang Awam Taman Kuala Permai, Kuala Sungai Baru, Melaka. Program ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat DiDahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Program yang disertai oleh Bahagian/Jabatan/Agensi KDN serta beberapa jabatan Kerajaan yang lain yang terdapat di Melaka. Antara perkara yang dilaksanakan ialah menyampaikan maklumat perkhidmatan Bahagian / Jabatan / Agensi KDN dan melayani pertanyaan orang ramai secara bersemuka berhubung fungsi/peranan KDN serta menyelesaikan perkara yang dibangkitkan oleh orang ramai. 

Sepanjang penganjuran program ini, antara ativiti yang dijalankan adalah Pertandingan menembak musuh tanaman, Program Dialog Bersama Rakyat Dengan Agensi, Persembahan Pentarama oleh Jabatan Penerangan Malaysia serta beberapa lagi aktiviti yang lain yang turut dikendalikan oleh JAPERUN Kuala Linggi.

Majlis Perasmian HBP ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop pada pagi 20 November 2011. Dalam majlis tersebut YB. Timbalan Menteri Dalam Negeri itu sempat meluangkan masa untuk menyampaikan Sijil Kewarganegaraan kepada penduduk, Pangkat Kehormat/Bersekutu JPAM serta Kad Keahlian Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Alor Gajah.

, , ,