Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran yang ke-11 telah diadakan pada 24 Novemnber 2011 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Abdul Rahim bin Mohd. Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Semua ahli Majlis telah mengambil maklum akan perkara-perkara seperti berikut:-
- Statistik terkini kes-kes pendakwaan sehingga 22 November 2011 adalah seperti berikut:
- Kes yang telah dituduh sebanyak 367
- Kes yang diperingkat bicara sebanyak 230
- Kes selesai sebanyak 59
- Sabitan sebanyak 58
2. Statistik kes-kes penguatkuasaan sehingga 31 Oktober 2011 adalah seperti berikut:
- Jumlah kes sebanyak 374
- Jumlah tangkapan sebanyak 535
3. Statistik mangsa yang telah diselamatkan dan mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) serta ditempatkan di rumah perlindungan sehingga 31 Oktober 2011 adalah seperti berikut:
- Lelaki: 257
- Wanita: 492
- Kanak-Kanak: 118
4. Kejayaan pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menyiasat kes GSS News Agency dan membawa kes tersebut ke Mahkamah untuk didakwa. Kesungguhan pihak JTK menyelesaikan kes tersebut menunjukkan komitmen yang jitu terhadap tanggungjawab yang diberikan dan merupakan sebagai satu langkah permulaan dalam menguatkuasakan kes –kes ATIP terutamanya melibatkan ‘forced labor’
#####
Disediakan :
Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya
No. Telefon : 03 – 8886 8000


















29 November 2011
Kenyataan Media/Akhbar