web analytics

KENYATAAN MEDIA – Pembatalan Pendaftaran Persatuan Perubatan Malaysia 30 November 2011

30 November 2011

Kenyataan Media/Akhbar

1. Berikutan pembatalan pendaftaran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara (JPPM) Cawangan Wilayah Persekutuan pada 28 September 2011 di bawah Seksyen 13 (i) ( c) (iv), satu rayuan telah dikemukakan oleh MMA supaya pembatalan itu ditarik balik.

2. Susulan daripada itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan bahawa pembatalan tersebut DITANGGUHKAN SELAMA ENAM BULAN. Bagaimanapun, jika MMA gagal mematuhi segala peruntukan di bawah Undang-Undang Berdaftarnya dan Akta Pertubuhan 1966  sepanjang tempoh ditetapkan, maka pendaftaran MMA AKAN TERBATAL SECARA AUTOMATIK.

3. Pembatalan ini boleh berlaku jika didapati wujud perkara-perkara seperti berikut:

a. MMA telah bersengaja melanggar By-Law I5) (ii) Undang-Undang Berdaftar Persatuan kerana gagal menghantar senarai nama calon yang dicalonkan untuk bertanding bagi menjawat jawatan Pegawai Persatuan bagi tahun 2011 kepada ahli-ahli Persatuan 7 (tujuh) minggu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan 2011 Persatuan berlangsung;

b. MMA telah bersengaja melanggar By-Law X Undang-Undang Berdaftar Persatuan kerana di dalam Berita MMA bulan November 2011 dan Berita MMA Disember 2011 diterbitkan satu surat bertarikh 28 Oktober 2010 yang menawarkan kepada ahli-ahli Persatuan agar membuat pencalonan bagi jawatan Honorary Deputy Secretaries sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan yang ke-51 berlangsung tidak seperti yang diperuntukan By-Law X Undang-Undang BerdaftarPersatuan;

c. MMA telah bersengaja melanggar By-Law IX (5)(ii) Undang-Undang Berdaftar Persatuan kerana telah gagal memaklumkan kepada ahli-ahli Persatuan nama calon yang dicalonkan untuk menjawat jawatan Honorary General Treasurer bagi tahun 2011; dan

d. MMA telah bersengaja melanggar Article 1)(g), Article X (1)(h) dan Article 1)(i) Undang-Undang Berdaftar Persatuan kerana menghantar kepada ahli-ahli Persatuan agenda Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-51 tidak seperti diperuntukan Article 1) (g), Article X (1) (h) dan Article 1) (i) Undang-Undang Berdaftar Persatuan.

4. MMA telah didaftarkan oleh JPPM Cawangan Selangor pada 13 Oktober 1967. Bagaimanapun pada 28 September 2011, JPPM Cawangan Wilayah Persekutuan telah membatalkan pendaftaran pertubuhannya adi bawah Seksyen 13 (1) ( c) (iv) yang menyebut:

Seksyen 13. Pembatalan dan penggantungan

(1) Tertakluk kepada seksyen-kecil (2), Pendaftar boleh dalam hal-hal yang berikut, membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah seksyen 7 –

(c) ​jika Pendaftar puashati –

(iv) bahawa pertubuhan telah melanggar secara bersengaja mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana kaedahnya atau bahawa mana-mana ahli pertubuhan telah lazim melanggar peruntukan seksyen       (491) Akta Pertubuhan 1948 dengan apa-apa perbuatan atau penyebaran yang mana seksyen 3 (1) (f) Akta itu terpakai;

Disediakan:

Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya.

No. Telefon   : 03 – 8886 8000

,