
Bertempat di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh, Melaka, telah berlangsung Majlis Pelancaran Kempen Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran peringkat Negeri Melaka pada 18 November 2011 yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Kempen ini bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada umum tentang isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang kini menjadi jenayah global yang serius.

Dalam ucapan Datin Seri Datuk Wira Hjh. Asmah Ab. Rahman, Pengerusi NCWO Cawangan Negeri Melaka beliau berasa gembira kerana negeri Melaka telah dipilih sebagai negeri seterusnya bagi pelancaran kempen ini. Beliau turut mengatakan bahawa ia adalah masa yang tepat dan kena bagi menyedarkan orang ramai terutmanya masyarakat negeri Melaka betapa seriusnya masalah ini.


Kempen ini merupakan anjuran Majlis Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Antipenyeludupan Migran (MAPO),Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Turut hadir, Datuk Wira Othman Bin Muhamad ,Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka,Tan Sri Datuk Wira Prof Dr Sharifah Hapsyah Syed Hasan Shahabudin,Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Dato’ Abdul rahim Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan).



















22 November 2011
KDN Sana Sini