12 November 2011 – Majlis Penutupan Perhimpunan & Pertauliahan Kor Siswi Pertahanan Awam telah disempurnakan oleh Y. B. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan jam 9.00 pagi.

Majlis ini amat penting bagi pentauliahan pegawai Leftenan Muda Pertahanan Awam hasil kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat. Ia juga melibatkan ramai sukarelawan di kalangan generasi muda yang terlatih bagi menghadapi kecemasan dan bencana di dalam negara.

Seramai seribu seratus tujuh puluh dua (1,172) orang peserta perhimpunan mewakili enam belas (16) buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh negara yang mengambil bahagian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
=Tamat=






















14 November 2011
KDN Sana Sini