


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Majlis Perkongsian Ilmu yang bertajuk Hepatatis B dan Penjagaan Kesihatan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Jagdish Sing, Pegawai Eksekutif Advance Health Screening. Majlis tersebut telah di adakan pada 1 November 2011 bertempat di Dewan Gemilang, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya yang dihadiri seramai 40 warga KDN.
Perkongsian ilmu tersebut telah menerangkan Hepatitis B adalah penyakit yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV) yang menginfeksi hati hominoidae, termasuk manusia, dan menyebabkan peradangan yang disebut hepatitis. Awalnya dikenal sebagai “serum hepatitis”, penyakit tersebut telah menyebabkan epidemi di Asia dan Afrika, dan itu adalah endemik di Cina. Sekitar sepertiga dari populasi dunia, lebih dari 2 miliar orang telah terinfeksi dengan virus hepatitis B. Penularan virus hepatitis B hasil dari paparan infeksi darah atau cairan tubuh yang mengandung darah. -Tamat-


















1 November 2011
KDN Sana Sini