
YBhg Dato’ Wahab Mohd. Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) begitu gembira dan terharu apabila diberi kejutan oleh Setiausaha bahagian Khidmat Pengurusan yang mengumumkan hari lahir YBhg. Dato’ pada 8 November 2011 dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau.

Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengambil initiative mengadakan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran YBhg. Dato’ TKSU (P) pada hari berkenaan.

Iringan doa dan kata-kata semangat yang diterima menerusi laman facebook dan pesanan ringkas (sms) dari kawan-kawan, saudara mara dan warga KDN telah menguatkan lagi semangatnya untuk terus menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.



















8 November 2011
KDN Sana Sini